Sunday, 21 May 2017

Batu hempedu ke gastrik?

Assalamualaikum..
Pengalaman yang tak akan dapat dilupakan sepanjang hayat aku kongsikan kepada korang yg sudi nak baca kisah aku ni, moga menjadi panduan untuk insan yang senasib.
Pada 07.04.2017 aku diserang sakit perut yang teruk betul-betul lepas makan tengahari merangkap sarapan. Pada awalnya aku ingat period pain so aku pun tergolek je la. Tapi makin petang sakit tak hilang juga dan perut aku terus sakit sehingga malam. Aku ambik keputusan nak muntahkan balik apa yg aku makan kerana perut rasa senak, sebu, pedih dan seperti luka didalam. Sakit berlanjutan beberapa hari sehingga aku jumpa doktor pada hari sakit yg ke 4. Doktor bgtau aku gastrik dan diberikan ubat semalam 1 minggu.
Aku ada juga pergi tempat Haji Jamil kat Gangsa tu dia kononnya keluarkan 2 biji batu. Padahal batu yang dia keluarkan tu tak sama langsung dengan batu hempedu. Aku doakan semoga Haji Jamil sempat mendapat pengampunan Allah. Seawal pagi menunggu rasanya macam ditipu je. Aku try google batu hempedu dan bandingkan batu yang Haji Jamil kasi aku memang jauh berbeza macam langit dengan bumi. Takde kena mengena langsung dengan batu hempedu.
Selepas seminggu sakit tetap ada cuma berkurang sedikit sekali lagi doktor kasi ubat utk seminggu lagi. Makanya aku bertahan 2 minggu di rumah sehingga aku nekad nak pergi hospital untuk buat scan.
Kerana kesakitan itu dirasakan merebak, pada awalnya cuma sakit diatas perut sebelah kanan, kemudian sakitnya bertambah dibahagian hati pula. Pada 1 Mei aku pergi buat check up. Doktor cek air kencing dan darah. Aku juga disuruh buat xray untuk mengesan masalah.
Apabila result keluar amat menakutkan aku kerana doktor cakap "liver damage" Ya Allah apakah itu? Aku dengar perkataan tu tak tergambar apalah sakit aku sebenarnya, sel darah putih tinggi, kencing ada mengandungi darah. Memang aku perasan sejak akhir-akhir ni najis aku pucat dan kencing menjadi pekat seperti karat rupanya itu tanda kerosakan hati.
Aku mula rasa down giler, terbayang anak-anak masih kecil dan cara Doktor bercerita seolah aku memang dah tahap yang teruk. Aku rasa sedih yang teramat, stress dan nampaknya aku terpaksa bermalam di wad.
Aku disuruh puasa kerana esoknya nak buat CT Scan. Setiba esoknya aku berjalan ke bilik Ct Scan nampaknya ramai yang sakit kronik kat tempat CT scan ada yang duduk atas kerusi roda dan ada yang menahan kesakitan, cuma aku je yang cool jalan kaki. Setelah sampai giliran aku. Mereka meminta aku baring diatas ruangan CT scan dan megarahkan aku tarik nafas dan lepas bagi memudahkan mereka mendapatkan gambar. Tapi masa masuk ubat untuk contrast tu aku jadi panik dan agak sesak nafas sekejap.
Setelah aku balik wad dalam beberapa jam doktor datang dan memberitahu aku ada 2 biji batu hempedu telah keluar dari pundi hempedu dan tersekat disaluran yang menghala ke usus sebab tu lah aku sakit dari perut sampai kebelakang. Aku perlu buat endoscope dan juga pembedahan buang hempedu secepat mungkin kerana Doktor cakap aku dah mula kuning.
Saat ini aku amat merasa tertekan dan mula fikir yang bukan-bukan. Doktor tidak membenarkan aku makan kerana operation pertama akan dimulakan akhirnya terpaksa ditunda kerana tiada kekosongan bilik bedah. Keesokannya pukul 5 petang aku telah ditolak masuk ke bilik bedah dah proses membuang batu yang tersekat telah selamat dijalankan. 
Tapi hempedu ku masih lagi bengkak walaupun tidak sakit tetapi kondisinya tidak begitu baik. Aku  menolak pembedahan buang hempedu kerana ingin ikhtiar dulu cara ku sebelum mengaku kalah. Aku minta pulang ke rumah dan pada 4hb Mei aku telah pulang ke rumah dan menyambung semula kerja harian tiada ubat yang dibekalkan.
Aku memantau semua makanan dan minuman ku, kafein aku jauhkan, banyak minum air kosong dan makan sayuran. Selama 5 hari aku amalkan Jus Apple Hijau, aku amalkan juga Kapsul Pecah Beling Ndlife membuat badanku semakin ringan dan bertenaga. Aku mula boleh buat aktiviti harian seperti biasa. Dan pada hari ke 6 aku ambil garam epsom, lemon dan juga minyak zaitun. Keesokannya batu hempedu aku keluar beratus biji. Bermacam size yang keluar melalui najis. Alhamdulillah 



1 comment:

  1. Menghilangkan Batu Hempedu Dalam 12 Jam Tanpa Pembedahan!

    Selamatkan diri anda dari berjam-jam kesakitan yang menyeksa, disebabkan oleh serangan pundi hempedu sebelum ia berlaku!

    Hanya 12 Jam Sahaja diperlukan untuk Membuang Batu Hempedu!

    Detoksifikasi badan anda dari batu hempedu dan lindungi kesihatan anda!

    Lihat Hasilnya dalam masa 12 jam dengan mata anda sendiri!

    Jaminan Pulangan Wang 100% Sekiranya Tidak Ada Hasil!

    Hubungi Kita Sekarang Untuk Mencegah Dan Menyelesaikan Masalah Batu Hempedu!

    Tel No: 01159999768
    WhatsApp: 01159999768
    Halaman FB: Myrogen

    ReplyDelete

Minyak Kelapa Dara